«»



Magic Word:
"8A menjadi sasaran :)"

Daisypath Anniversary tickers
facebook twitter tumblr












CREDIT SITE

TEMPLATE BY: Nina Amira
BACKGROUND BY: Gyapo
SPECIAL THANKS TO: Etudis Tutorials

Luahan Hati Dan Perasaan
Posted On 29 April 2012 @ 4:18 PG| 0 comments
       
          Sekarang kann kita selalu tak tenang. Selalu sangat gaduh. Aku mungkin ada rasa bosan tu, tapi rasa sayang aku dekat kau, takpernah berhenti dan takkan berhenti. Betullah dengan ayat yang aku pernah dengar "I'd rather be your bestfriend than being your ex oneday" Dulu, aku memang setuju dengan ayat tu. Tapi aku tak berani nak kemukakan sebab aku sayangkan kau dan aku harap kita takkan putus.


          Dalam surat yang aku tulis pun sudah tercatat yang aku sayangkan kau selamanya. Mungkin ayat tu amat annoying bagi pembaca semua, tapi bagi aku ia amat bermakna. Bila aku cerita perasaan ini dekat kawan aku, diorang mesti senyap. Senyap kenapa? Senyap sebab diorang dah tak tahu nak kata apa dengan hbungan kita yang macam ni. Diorang lah yang selalu bagi aku harapan untuk aku terus maju ke hari muka.

          Tapi, kau takpernah fikir sama macam kepala aku. Bagi kau, diorang buat hubungan kita renggang. Bagi kau, aku pentingkan diorang. Tapi kau tak tahu, bagi diorang aku sangat pentingkan kau. Aku ditengah-tengah. Dapatkah pembaca semua imagine bagaimana keadaannya? Aku harus menjaga 2 perasaan dalam satu masa. 2 perasaan yang lain pendapatnya. 2 perasaan yang sering buat aku ketawa. 2 perasaan yang bertentangan caranya. 

           Aku buntu. Yelah, aku cuma manusia biasa. Bak kata budak sekarang "nobody perfect" actually, perkataan tu memang digunakan sejak azali lagi, tai aku baru rasa apa maksud sepenuhnya 2 perkataan itu. Aku mula menghargai sesuatu yang kecil. Sesuatu yang kecil tapi bermakna sehingga akhir hayat aku. 2 perkataan yang amat besar impaknya. 2 perkataan yang mungkin boleh selesaikan masalah yang besar.


           Mengalah. Sering juga aku mengalah dengan apa yang engkau katakan. Apa yang engkau luahkan. Aku mengalah kerana aku tak mahu sesuatu salah faham yang kecil, amat kecil dibesar-besarkan. Aku tak mahu hubungan kita renggang dengan pergaduhan. Sungguh, aku tak mahu. Seperti yang engkau pernah katakan, "siapalah yang nak bergaduh kann". Aku faham sekarang, aku mula mengerti apa erti mengalah. Bagi aku mengalah ada seperti berbuat baik. Haruslah berpada-pada.


           Tapi kalaupun aku mengalah, pernah ke engkau kesah? Dah kalaupun aku melawan, adakah pergaduhan ini akan selesai? Aku sangat buntu. Pemikiran kau dan aku amat berlainan. Ibarat aku mengarah ke kiri, dan kau mengarah ke kanan. Macam kata Jessie J, "everybody move to the left, everybody move to the right". Huhh berfikir sejenak. Sit and stare, looking at the people with their own lifestyle.


            Hemm, kalau lah suatu hari nanti kau memang bukan diciptakan untuk aku. Aku berdoa kat Allah, supaya pintu hari kau terbukak untuk lihat dunia yang sebenar. Pintu hati kau terbukak untuk solat dan berdoa kepada Allah, kebenaran yang aku nak kau tahu. Aku sangat berharap agar engkau di jalan yang baik jika aku bukan diciptakan untuk kau :') Aku harap perempuan yang akan jumpa, lebih baik 100% daripada aku. Harap-2 dia boleh buatkan kau bahagia, bukan macam aku dengan kau.


             Kalaupun kita ditakdirkan Tuhan untuk berjumpa suatu hari nanti, aku berharap agar engkau tidak mengenali setiap inci bentuk muka aku. Kerana aku sangat malu dengan apa yang aku dah lakukan terhadap engkau. Kalaupun kita ada jodoh suatu hari nanti, aku terasa itu kebahagian yang Allah tangguhkan daripada sekarang untuk hari tersebut. Dan jika kita ada jodoh untuk dipertemukan semula, aku harap kematangan yang luar biasa dapat engkau tunjukkan kepada aku. Supaya, setiap apa pendapat antara kita, bukan lagi menjadi punca utama pergaduhan.


             Last, aku ingin kau tahu aku amat sedih dengan perbuatan kau yang langsung tidak menghargai setiap titik peluh aku untuk kau. Hemm, kau buat aku rasa buang masa fikirkan tentang kau. Mungkin selama ini hati kau bukan untuk aku, jadi no wonder lah kau tak pernah kesah kalau aku sakit. Dan kalau kau kesah pun, aku terasa itu perbuatan yang sengaja. Sorry :'( Tetapi, berhenti lah main dengan kata-kata. Cukuplah mencari mangsa-mangsa lain. Walauapa pun yang jadi, aku tetap sayangkan kau. Mungkin aku tak boleh nak lupakan kau, atleast aku cuba untuk hidup tanpa kau :')